Travel Coin Box

Friday, May 27, 2016

RESEPI LASAGNA DAGING SEDAP

Assalamualaikum w.b.t

Hmm..Dok tgk2 resepi kat google tetiba rasa terliur plak tengok picture lasagna..Tapi nak cari lasagna sedap kena tgk kedai plak..Slalu beli kat cafe area Kuantan...Tapi harga pun boleh tahan mahalnya..Hihi...mahal kalo sedap xde masalah la..Janji puas makan..So..bermulalah idea nak buat lasagna sendiri..Gigih mencari resepi yang mudah dan xbanyak sangat bahan2 yang merepek..Sebab bahan2 nya boleh tahan mahalnya...Google punya google ada la tgk 2,3 blog..jawapannya Liza gabung n buat resepi sendiri..Hahaha..Kat bawah ni bahan-bahan utk buat lasagna...

Bahan2 Untuk Filling 

400 Gram Daging Cincang (Ramly)
1 Biji Bawang Besar (Didadu)
4 Ulas Bawang Putih (Dicincang)
1 Tin Sos Prego Tradisional
Cendawan Butang @ Cendawan Dalam Tin
Oregano
Black Pepper
Lada Sulah (White Pepper)
Sekotak Kepingan Lasagna
Lada Benggala
Minyak Olive Oil (Minyak Biasa Pun Boleh)
Gula & Garam Jangan Dilupakan..

Bahan2 Untuk White Sauce

5 Sudu Butter
3 Sudu Tepung Gandum
500ml Susu Full Milk Dutch Lady
4 Keping Cheese @ Parmesan Cheese
Mozarella Cheese


Bahan bahannya....



Hmm..Bila dah shopping bahannya..Boleh tahan kosnya..Patutla org jual mahal reganye...


Cara2 Membuat Filling

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging cincang tersebut. Masak sehingga warna agak kusam.
  3. Masukkan sos prego. Boleh tambah sedikit air..Gaulkan sehingga daging empuk.
  4. Perasakan dengan oregano, black pepper, white papper.
  5. Tidak dilupakan gula dan garam.
  6. Masukkan cendawan dan lada benggala.
  7. Rasa daging tersebut. Jika cukup rasa, boleh tutup api..
  8. Kalau nak rasa sedap, letak oregano banyak sikit.
  9. Jangan terlampau kering. Nanti xcukup untuk lembutkan kepingan lasagna.

Daging Yang Dah Siap Masak..Makan gini pun dah sedap.

Cara2 Membuat White Sauce
  1. Cairkan butter dalam pan.
  2. Masukkan tepung gandum perlahan-lahan sambil kacau untuk elak tepung berketul2.
  3. Masukkan susu sedikit demi sedikit.
  4. Masukkan cheese..Boleh patah2kan. Atau masukkan parmesan cheese.
  5. Kacau sehingga sebati & boleh tutup api.

White sauce yang dah siap..Gebu n putih molek kan..


Cara2 Susun Lasagna

  1. Kepingan lasagna perlu dicelur seketika utk lembutkan.
  2. Cara penyusunan lasagna boleh ikut kreativiti.
  3. Lasagna--Daging--White sauce--tabur mozarella cheese.
  4. Atau boleh guna susunan dibawah ni.
  5. Daging--Lasagna--Daging--White sauce--tabur mozarella cheese.
  6. Ulangi langkah di atas dengan lasagna dulu, daging, white sauce.
  7. Untuk lapisan atas sekali, boleh tabur parmesan cheese banyak skit.
  8. Panaskan oven dahulu guna api atas bawah selama 10 minit.
  9. Bakar suhu 180 degree celcius selama 40 minit guna api atas bawah.
  10. Petua untuk elak lapisan keju atas hitam @ xcantik, tutup dengan aluminium foil.
  11. Bila dah bakar 40 minit, buka aluminium foil bahagian atas tu dan masukkan dalam oven.
  12. Bakar selama 5 minit utk hasil yang cantik.

Lasagna yang siap sedia untuk dibakar.

Cantik kan lapisan atas tu..



Tak sabar nak makan time panas2..


Bagi yang nak try buat..bolehla guna resepi ni..Liza pun first time buat dah dapat hasil macam ni. Yang penting samaada nak atau tidak..Kalo buat sendiri, boleh makan selagi yang termampu..Hihihi...

Semoga berjumpa lagi di lain entry....

15 comments:

  1. wow.. sepertinya sedap sekali.. ingin mencoba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. meriah jugak bahan-bahannya.
    mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  3. fuhhh sedap nya! tq share resepi.. blh cuba ni =)

    ReplyDelete
  4. sedappnyaa lasagnaa.. tergoda tgk :)

    ReplyDelete
  5. ermm sedapnya boleh cuba nie

    ReplyDelete
  6. rajinnyaaaa sis masak lasagna ni. sedapp tu ^^

    ReplyDelete
  7. sedappp nyeeee selamat nampak post ni before ramadhan. hihiihi

    ReplyDelete
  8. salam ramadhan...

    jom join GIVEAWAY..

    http://ayubarbydol.blogspot.my/2016/06/first-giveaway-ramadhan-2016-by-ayu.html

    ReplyDelete
  9. berapa kosnya semua? hehe teringin sgt mau buat huhu belum ada kesempatan

    ReplyDelete
  10. saya pun baru buat utk berbuka ni. :)

    ReplyDelete
  11. wahhhhhhh sedapnyaaaaaaaa! kena try ni.

    http://sarahhijabista.blogspot.my/

    ReplyDelete

Jangan lupa Klik2