Travel Coin Box

Saturday, April 16, 2016

Pinocchio vs Kejujuran

Assalamualaikum w.b.t



Bertemu kembali...Lama rasanya xmengaktifkan diri dalam dunia blog ni..Nak kata bzy..xdela bzy mana..Mood ke laut agaknya.. Hihihi..Cuba teka agak2 gambar kat atas tu gambar apa. Kalo tengok tang hidung tu, mesti ada yang dapat teka kan..Ala-ala kartun pinocchio kan..Apakah kebaikan yang boleh kita lihat disebalik cerita ini...Herm...Renung2 kan lah...

Bukan mudah untuk kita bersikap jujur kan..Sokong tak??Sokong tak??
Kerna ada ketikanya kejujuran tu bak sembilu yang bakal menghiris hati dan perasaan kita..

Namun adakah penipuan yang berterusan akan tersembunyi kemas dalam genggaman kita???
    Benarkah penipuan yang kita lakukan akan tersimpan kemas dan rapi??
 Adakah penipuan tersebut tidak akan terbongkar??
Pernahkah kita terfikir jika penipuan tersebut dapat dihidu oleh insan tersebut? 
Apakah penerimaan dia? 
Dan yang paling penting dan berharga ialah hilanglah nilai sebuah KEPERCAYAAN...

Wahhh...macam berat jea bunyinya entry ni..Sekadar berkongsi pandangan jea...



Semoga bertemu lagi di lain entry..Selamat bercuti hujung minggu..Habiskan masa yang ada dengan insan tersayang ok...





20 comments:

  1. yup betul tu,
    ang2 menipu jugak untuk kebaikkan or taknak keruhkan lagi keadaan..
    but kalau menipu sampai leh hilangkan kepercayaan tu tu tahap menipu yg melampau tu.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaitie...skali dah kita tangkap org tu menipu, sedikit sebanyak rasa percaya tu akan hilang..betul x?

      Delete
  2. eyja pernah menipu dan ditipu. entahlah. susah nak kabo. patutnya takyah menipu, kan? agak-agak takut kita tertipu orang, diam je daripada berkata-kata, kan? hmm indah je Islam ni. kita yang tak ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeala eyja...skali kita menipu...xtahu banyak mana penipuan kita perlukan utk tutup penipuan kali pertama tu..rasa sakit bila ditipu kan..

      Delete
  3. Kejujuran suatu pengorbanan. Kebenaran itu adakala menyakitkan...

    ReplyDelete
  4. betul tu.. Sbb pernah tertipu la susah nak percaya org skrg ni. =) trust take years to build, seconds to break and forever to repair. Salam perkenalan ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan aina....kata2 yang penuh makna...

      Delete
  5. Orang kata sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. :) No one perfect. Tapi belajar lah untuk berkata benar. Hehe. More love <3.

    ReplyDelete
  6. kekadang org menipu ada sebabnya... adakah ia punca dr diri kita.. kekadang jgn mhukum org yg menipu tanpa usul periksa... kalau betul niat menipu demi kjahatan.. harus kalau kita takkan percayakan dia lg.. huhu.. waallahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam Islam xde istilah menipu...menipu untuk kebaikan atau menipu untuk kejahatan...sekadar perkongsian bersama...

      Delete
  7. pernah kena tipu dan dia yang menipu tu kata ada sebabnya kenapa dia menipu, tapi still takleh terima haiyoo

    ReplyDelete
  8. bila sekali kita dah kena tipu dengan seseorang, kita mesti akan ingat selalu yang dia pernah tipu kita.. Sebab kita ken belajar daripada pengalaman kan..

    ReplyDelete
  9. Ada masa mendiamkan yg buruk tu lg baik dr berterus terang. bukan bersikap x jujur..tp bukan semua orang boleh trima aib kita dengan hati yg terbuka.ada yg akan burukkan keadaan lg

    ReplyDelete
  10. Jadi, janganlah cuba tuk berbohong.. huhu

    ReplyDelete
  11. Betul tu.. saya juga pernah berada dlm dua keadaan.
    Sentiasa jujur. dan kadangkala terpaksa utk tidak berkata jujur atas sebab tertentu.

    Apa pun, kita sentiasa ingin yang terbaik utk kita dan sekeliling kita.

    ReplyDelete
  12. cakap pasal menipu ni..penah jgk..terpaksa berbohong sbb nak elakkan salah faham..hurmm..

    ReplyDelete

Jangan lupa Klik2