Travel Coin Box

Thursday, June 30, 2016

Saturday, June 18, 2016

"Ramadhan/Syawal Giveaway by Nadia Reza"

Assalamualaikum w.b.t

"Ramadhan/Syawal Giveaway by Nadia Reza"

BANNER YANG CHOMEL


Syarat dan cara join "Ramadhan/Syawal Giveaway by Nadia Reza" ni senang jea. 
Simple sangat-sangat..


1. Buat satu entry blog bertajuk "Ramadhan/Syawal Giveaway by Nadia Reza".

2. Copy banner di atas dan"Backlink:" ke entry ni.

3. Letakkan pada bloglist korang. (^_^)

4. Follow dan Like :
❤️ Blog Nadia Reza 
❤️ Blog Nira Nazri 
❤️ Instagram : shaklee_nadia
❤️ FB Pages : Love Vitamin Love's

5. Jangan lupa tinggalkan komen pada ruang komen entry GA ni.

Hmmm...Kat bawah ni hadiah yang menanti pemenang2..Tapi menang atau kalah xpenting..yang penting dapat tambah kenalan sesama kita k...Psstt...Sebenarnya kita dah menang sbb berjaya lawan perasaan MALAS untuk join benda2 camni kan...

Hadiah Pemenang Pertama
Berupa barangan bernilai RM50

Hadiah Pemenang Kedua
Berupa barangan bernilai RM30

Pemenang Saguhati
Topup bernilai RM10

Tarikh Bermula Giveaway :
15 Jun 2016 (10 Ramadhan 1437)

Tarikh Tamat Giveaway :
11.59 malam 15 Julai 2016 (10 Syawal 1437)

Tarikh keputusan pemenang akan diumumkan pada :
Isnin / 18 Julai 2016 ( 13 Syawal 1437)


Smoga berjumpa lagi di lain entry...

Friday, May 27, 2016

RESEPI LASAGNA DAGING SEDAP

Assalamualaikum w.b.t

Hmm..Dok tgk2 resepi kat google tetiba rasa terliur plak tengok picture lasagna..Tapi nak cari lasagna sedap kena tgk kedai plak..Slalu beli kat cafe area Kuantan...Tapi harga pun boleh tahan mahalnya..Hihi...mahal kalo sedap xde masalah la..Janji puas makan..So..bermulalah idea nak buat lasagna sendiri..Gigih mencari resepi yang mudah dan xbanyak sangat bahan2 yang merepek..Sebab bahan2 nya boleh tahan mahalnya...Google punya google ada la tgk 2,3 blog..jawapannya Liza gabung n buat resepi sendiri..Hahaha..Kat bawah ni bahan-bahan utk buat lasagna...

Bahan2 Untuk Filling 

400 Gram Daging Cincang (Ramly)
1 Biji Bawang Besar (Didadu)
4 Ulas Bawang Putih (Dicincang)
1 Tin Sos Prego Tradisional
Cendawan Butang @ Cendawan Dalam Tin
Oregano
Black Pepper
Lada Sulah (White Pepper)
Sekotak Kepingan Lasagna
Lada Benggala
Minyak Olive Oil (Minyak Biasa Pun Boleh)
Gula & Garam Jangan Dilupakan..

Bahan2 Untuk White Sauce

5 Sudu Butter
3 Sudu Tepung Gandum
500ml Susu Full Milk Dutch Lady
4 Keping Cheese @ Parmesan Cheese
Mozarella Cheese


Bahan bahannya....



Hmm..Bila dah shopping bahannya..Boleh tahan kosnya..Patutla org jual mahal reganye...


Cara2 Membuat Filling

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging cincang tersebut. Masak sehingga warna agak kusam.
  3. Masukkan sos prego. Boleh tambah sedikit air..Gaulkan sehingga daging empuk.
  4. Perasakan dengan oregano, black pepper, white papper.
  5. Tidak dilupakan gula dan garam.
  6. Masukkan cendawan dan lada benggala.
  7. Rasa daging tersebut. Jika cukup rasa, boleh tutup api..
  8. Kalau nak rasa sedap, letak oregano banyak sikit.
  9. Jangan terlampau kering. Nanti xcukup untuk lembutkan kepingan lasagna.

Daging Yang Dah Siap Masak..Makan gini pun dah sedap.

Cara2 Membuat White Sauce
  1. Cairkan butter dalam pan.
  2. Masukkan tepung gandum perlahan-lahan sambil kacau untuk elak tepung berketul2.
  3. Masukkan susu sedikit demi sedikit.
  4. Masukkan cheese..Boleh patah2kan. Atau masukkan parmesan cheese.
  5. Kacau sehingga sebati & boleh tutup api.

White sauce yang dah siap..Gebu n putih molek kan..


Cara2 Susun Lasagna

  1. Kepingan lasagna perlu dicelur seketika utk lembutkan.
  2. Cara penyusunan lasagna boleh ikut kreativiti.
  3. Lasagna--Daging--White sauce--tabur mozarella cheese.
  4. Atau boleh guna susunan dibawah ni.
  5. Daging--Lasagna--Daging--White sauce--tabur mozarella cheese.
  6. Ulangi langkah di atas dengan lasagna dulu, daging, white sauce.
  7. Untuk lapisan atas sekali, boleh tabur parmesan cheese banyak skit.
  8. Panaskan oven dahulu guna api atas bawah selama 10 minit.
  9. Bakar suhu 180 degree celcius selama 40 minit guna api atas bawah.
  10. Petua untuk elak lapisan keju atas hitam @ xcantik, tutup dengan aluminium foil.
  11. Bila dah bakar 40 minit, buka aluminium foil bahagian atas tu dan masukkan dalam oven.
  12. Bakar selama 5 minit utk hasil yang cantik.

Lasagna yang siap sedia untuk dibakar.

Cantik kan lapisan atas tu..



Tak sabar nak makan time panas2..


Bagi yang nak try buat..bolehla guna resepi ni..Liza pun first time buat dah dapat hasil macam ni. Yang penting samaada nak atau tidak..Kalo buat sendiri, boleh makan selagi yang termampu..Hihihi...

Semoga berjumpa lagi di lain entry....

Thursday, May 26, 2016

Quote Of The Day : 4

Assalamualaikum w.b.t

Pain,Rainbow, Rain


Indah Pelangi



Quote Of The Day : 4 (26/05/16)

"Everyone Wants HAPPINESS
No One Wants PAIN
But You Can't Have A RAINBOW
Without A Little RAIN"

Thursday, May 19, 2016

Quote Of The Day : 3

Assalamualaikum w.b.t


Good



Quote Of The Day : 3 (19/05/16)

"Every Day May Not Be GOOD 
But There Is Something Good In Every Day"

Friday, May 13, 2016

Abah..Selamat Hari Lahir...

Assalamualaikum w.b.t..

Bulan Mei sudah menjelma..Masuk jea bulan Mei macam2 sambutan ada..Hari Ibu..Hari Guru..Hari Jururawat..Tapi yang paling penting..bulan Mei adalah ulangtahun kelahiran pahlawan dalam hidupku...Hari Lahir Abah..11/05/1948...Diam diam dah 68 tahun..Terima kasih abah atas segala penat lelahmu membesarkan kami adik beradik...Abah tempat Liza berteduh..Abah kekuatan semangat untuk meneruskan kehidupan..Pendorong motivasi di saat kami sekeluarga diuji olehNya...










Selamat Hari Lahir Abah...Sayang abah hingga hujung nyawa...
Semoga Abah dikurniakan kesihatan yang baik..Senantiasa dirahmati, diberkati dan berada di bawah lindunganNya..



Semoga berjumpa di lain entry...

Salam sayang >




azfaeiza<




Thursday, May 12, 2016

Quote Of The Day : 2

Assalamualaikum w.b.t





Quote Of The Day : 2 (12/05/16)
"Sometimes You Win
Sometimes You Learn"


Thursday, May 5, 2016

Quote Of The Day : 1


Assalamualaikum w.b.t



 




Quote Of The Day : 1 (5/5/16)

"If someone breaks your heart, just PUNCH THEM IN THE FACE.
Seriously..
PUNCH THEM IN THE FACE and go get some ice cream."
-FRANK OCEAN-
 

"Pencarian Pertama Kali Bloglist by DyaNadia Reza"

Assalamualaikum w.b.t


Kali ni nak join segmen pencarian bloglist dari cik Nadia Reza...Syarat2 boleh refer kat bawah banner ni..Dah lama Liza xjoin segmen2 ni..Bukan pe..Nak citer skit ni..Hehehe..Ritu first time Liza join segmen and kebetulan entry Liza terpilih sebagai yang terbaik..Tapi sampai skarang hadiahnya xkunjung tiba..Niat bukanla nak hadiah sangat tapi cuma nak cuba buat pertama kali. Perasaan gembira tu memang xterkata sebab menang kan..Tapi xpela, bukan rezeki la tu..Yang penting kat sini nak tekankan bab KEJUJURAN...So, untuk kali ni mehla sama2 kita join segmen cik Yaya ni



 Sini
Syarat Penyertaan Pencarian Bloglist :
1. Follow blog Nadia 
2. Buat simple entry "Pencarian Pertama Kali Bloglist by DyaNadia Reza
3. Jemput kengkawan maya @ tagkan sekurang-kurangnya 2 blogger lain
4. Copy Banner dan linkkan kepada post ni.
5. Tinggalkan link entry kat ruangan comment di bawah.
 
 
*Untuk kali ni, Liza tag akak Nieda n akak Rehan..
 
Smoga berjumpa lagi di lain entry...

Friday, April 29, 2016

Rancang Matlamat Kewangan Anda Sebelum Terlambat...


Assalamualaikum w.b.t

Berjumpa lagi..Pejam celik pejam celik dah nak dekat setengah tahun berlalu untuk 2016.. 
Dah nak masuk bulan Mei pun..Selamat Hari Pekerja bagi semua yang bergelar pekerja..
Selamat bercuti dan habiskan cuti dengan aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga tercinta..

Bagi yang dah masuk gaji seronok la kan..tapi yang belum gaji..pandai2 lah rancang perbelanjaan. Time dapat gaji memang la seronok tapi bila ditolak sana tolak sini..tinggal berapa jea kan...Kalau ada lebihan, okla..Tapi kalo defisit..kena nilai balik corak perbelanjaan kita. Dengan kos hidup yang semakin meningkat tapi gaji xnaik2 juga...

Kali ni entry nak share pasal kewangan skit..Nampak macam berat skit entry ni..Sambil2 Liza baca, Liza share la dengan semua. Tak salah berkongsi ilmu kan..Saje share sebab Liza pun dalam misi memperkukuhkan semula aliran kewangan Liza.Hihihi...

Aliran Tunai


So, berbelanjalah secara berhemah...Kalo boleh, jangan ada kad kredit..Katakan TIDAK kepada KAD KREDIT...Kat bawah kepentingan menguruskan kewangan dan kenapa ramai gagal menabung.. Kalau xmampu menabung banyak2, kita boleh start menabung duit syiling dulu..Hasil dari duit menabung tu kita akan rasa lebih bermakna..Liza pernah menabung syiling dalam tabung 'post box'. Percaya x, bila dikira2 dan ditukar syiling tu, dekat RM400 jugak dapat.. Hasil daripada penukaran syiling tu Liza guna pergi jenjalan kat Genting Highland..First time g Genting pastu pakai plak duit hasil susah payah menabung..Memang seronok la..So, marilah kita amalkan tabiat menabung..Xrugi pun..kalo xmampu menabung duit kertas, duit syiling pun boleh. Liza skang tengah buat satu misi menabung duit 5sen. Zaman sekarang memang orang xpandang dah pun kan..Xpelah, nanti kita try tukar kat mesin deposit syiling pastu buat satu entry k...



Hmm.. kat bawah ni cara untuk mengatasi aliran tunai negatif. Bab membandingkan harga sebelum membeli boleh dipraktikkan. Tapi kalo Liza beli barangan keperluan, Liza suka beli kat tempat yang buat sale. Adik Liza cakap Liza tiru tabiat orang Cina. Time murah beli banyak2. Kalau dah jadi ketua beli barang keperluan rumah, memang kena la buat dik oii..Bayangkan sabun cecair cuci baju  tu harga biasa RM23 tapi time diskaun RM18. Banyak beza kan..So, Liza sambar la dua tiga botol..So, next month xyah beli dah..Kalo barang2 lain memang macam tu juga..Sebab HARGA BARANG MAKIN MAHAL. Belum campur GST lagi..Seriau tau...Sokong tak??

Kewangan

Satu lagi amalan yang boleh dipraktikkan ialah kategorikan jenis perbelanjaan kita samaada perbelanjaan tetap, perbelanjaan berubah atau perbelanjaan budi bicara. Kat bawah ni jadual perbelanjaan tersebut supaya lebih jelas.


 
Bijak Belanja

So, untuk bulan Mei ni, Liza akan start buat perancangan kewangan. Bukan xpernah buat tapi selalunya xpernah detail..Bila hujung2 bulan, mula la kepanasan sebab nak tunggu gaji baru masuk plak..Hahaha..rasanya ramai yang camtu kot. Defisit la namanya tu kan..Aiyoooo...So, kat bawah ni bukti yang Liza akan rancang balik kewangan Liza.Hehehe..rajin kan buat sendiri..


Perancangan Kewangan

Hopefully, Liza berjaya dengan misi Liza ni..Kalo korang nak join pun, boleh juga..Yang penting kena disiplin...Dari sini baru kita nampak corak kewangan kita samaada ada lebihan atau defisit dan ke mana duit kita mengalir keluar..Jangan cakap orang curi duit kita tau padahal kita berbelanja diluar kemampuan. Akhir kata berbelanjalah secara berhemah dan berjimat cermat. Sediakan tabungan yang secukupnya kerana kos hidup kita akan semakin meningkat. Berjimatlah selagi anda mampu..

Semoga berjumpa lagi di lain entry..Nantikan entry kesudahan hasil tabungan 5sen Liza tu..Budak zaman sekarang pun dah xpandang kan..

Salam sayang..
>azfaeiza<

Saturday, April 16, 2016

Pinocchio vs Kejujuran

Assalamualaikum w.b.t



Bertemu kembali...Lama rasanya xmengaktifkan diri dalam dunia blog ni..Nak kata bzy..xdela bzy mana..Mood ke laut agaknya.. Hihihi..Cuba teka agak2 gambar kat atas tu gambar apa. Kalo tengok tang hidung tu, mesti ada yang dapat teka kan..Ala-ala kartun pinocchio kan..Apakah kebaikan yang boleh kita lihat disebalik cerita ini...Herm...Renung2 kan lah...

Bukan mudah untuk kita bersikap jujur kan..Sokong tak??Sokong tak??
Kerna ada ketikanya kejujuran tu bak sembilu yang bakal menghiris hati dan perasaan kita..

Namun adakah penipuan yang berterusan akan tersembunyi kemas dalam genggaman kita???
    Benarkah penipuan yang kita lakukan akan tersimpan kemas dan rapi??
 Adakah penipuan tersebut tidak akan terbongkar??
Pernahkah kita terfikir jika penipuan tersebut dapat dihidu oleh insan tersebut? 
Apakah penerimaan dia? 
Dan yang paling penting dan berharga ialah hilanglah nilai sebuah KEPERCAYAAN...

Wahhh...macam berat jea bunyinya entry ni..Sekadar berkongsi pandangan jea...



Semoga bertemu lagi di lain entry..Selamat bercuti hujung minggu..Habiskan masa yang ada dengan insan tersayang ok...





Thursday, February 25, 2016

Kolesterol vs Nestle Omega Plus

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mencoret di blog kesayangan ini setelah lama menyepikan diri angkara kesibukan yang di buat2...hehehe...Kali ni nak share skit mengenai kesihatan..Mungkin ada yang tahu n ada yang xtahu dan ada yang tahu tapi buat-buat xtahu...lagi parah kalau xtahu tapi buat2 tahu..tin kosong la jawabnye...
Baru-baru ni ada check kolesterol...adoi...tahap kolesterol agak tinggi...so...cuba la search produk2 yang ok...so..Liza amik inisiatif untuk mencuba NESTLE OMEGA PLUS..walaupun xberapa nak lepas minum susu, tapi syukur Omega plus ni SEDAP...

Kolesterol

Tahukah anda terdapat 2 jenis kolesterol di dalam tubuh badan kita???

  • Kolesterol baik (HDL) : Membantu menyingkirkan kolesterol berlebihan daripada tubuh badan.
  • Kolesterol jahat (LDL) : Menyumbang kepada plak yang boleh menyumbat arteri dan                                                         menyebabkan arteri kurang berfungsi.


Pengawalan Kolesterol


1/3 rakyat Malaysia mempunyai kolesterol tinggi. Kolesterol yang berlebihan dalam tubuh badan boleh meningkatkan risiko terhadap penyakit JANTUNG.


Tips Mengawal Kolesterol
  • Minum 2 gelas Nestle Omega Plus setiap hari.
  • Kawal berat badan.
  • Bersenam secara kerap : 30 minit setiap hari.
  • Makan secara sihat : Kurangkan pengambilan makanan berlemak.
  • Berhenti merokok.

Info di bawah ni sumber ihsan Nestle..Kalo nak tahu lebih lanjut boleh kunjungi web Nestle ok...
Sedikit info mengenai Nestle Omega Plus....

Kolesterol

ACTICOL adalah sterol tumbuhan...Apakah itu sterol tumbuhan???


Kolesterol

Hidup kita sentiasa sibuk tetapi kesihatan perlu diutamakan..Tetapkan waktu pilihan anda untuk minum 2 gelas susu Nestle Omega Plus setiap hari. 
Segelas susu bersamaan 3 sudu besar omega plus + 200ml air..

Antara kebaikan Nestle Omega Plus yang Liza nak kongsikan :
  • Nestle Omega Plus adalah susu yang rendah lemak. Sebanyak 60% telah dikurangkan berbanding susu krim penuh biasa.
  • Hanya disyorkan minum 2 gelas sehari.
  • Susu ini boleh dicampur dalam bijirin lain, teh @ kopi.
  • Ujian klinikal : Minum 2 gelas susu selama 30 hari dapat menurunkan tahap kolesterol 7%.
  • Mengandungi Acticol untuk menurunkan kolesterol.
  • Asid lemak penting Omega 3 & 6.
  • Kalsium yang tinggi.

Hmm..banyak kan kebaikan Nestle Omega Plus ...So, jom kita amalkan minum 2 gelas susu omega setiap hari..Semoga tahap kolesterol liza stabil semula.Insya Allah...

Semoga berjumpa lagi di lain entry...
Salam sayang >azfaeiza<


Thursday, February 4, 2016

Si Manis 2016

Assalamualaikum w.b.t...

Hye semua...Entry perkenalan untuk tahun 2016..Permulaan 2016 yang agak sibuk n mencabar..Selamat tinggal 2015 yang memberi pelbagai suka duka...

So...dah masuk Februari pun..Terasa kejap betul masa berputar...Pelbagai kisah sepanjang Januari..
Hidup bagaikan putaran roda...Ada masa kita di atas dan ada masa kita dibawah...



Oklah...smoga berjumpa lagi di lain entry...

Jangan lupa Klik2