Travel Coin Box

Wednesday, August 12, 2015

Gout Datang Lagi???

Image result for goutPenyakit gaut atau `gout’ (dalam Bahasa Inggeris) / arthritis adalah berpunca dari kandungan asid urik yang berlebihan di dalam tubuh badan. Pesakit gout hendaklah mengurangkan atau jauhkan diri anda daripada mengambil makanan seperti daging, udang, sotong, kerang, kobis , kekacang serta jagung. Yang penting, kena ada disiplin diri untuk aspek pemakanan ni.


Merawat Gout dengan buah betik :                 Image result for betik muda

Kaedah 1
Ambil betik muda dan layur/salai di atas api tanpa membelahnya kemudian letakkan kaki anda di atas betik tersebut dan gelek-gelek dengan kaki anda seperti bertunku. Insyaallah kesakitan gout akan berkurangan.

Kaedah 2
Kaedah ini dikatakan amat berkesan sekali oleh kawan-kawan yang telah mengalami penyakit gout ini. Caranya ialah dengan buah betik yang matang tetapi kulit masih hijau dipotong kiub kecil, masukkan ke dalam periuk yang berisi air dan masak sehingga mendidih. Masukkan daun teh seperti kita buat minuman teh biasa.
Kaedah 3
Sebiji buah betik yang telah matang tetapi masih berwarna hijau kulitnya, dipotong bahagian atasnya dan buang kesemua biji betik tersebut. Masukkan daun teh ke dalamnya dan tuang air panas seperti penyediaan teh. Tutup semula bahagian atas tadi seketika dan tuangkan untuk di minum.
Ujian klinikal yang telah dibuat oleh Profesor Lai dari Universiti bahagian farmasi di China menunjukkan kaedah ini amat baik bagi pesakit Gout, tetapi bergantung kepada kekerapan pengambilan formula ini oleh si pesakit.
Cadangan bagi pengambilan formula ini ialah dimulai dengan meminumnya setiap hari selama seminggu, sakit gout akan hilang dan selepas dua minggu , sendi yang terkena gout akan pulih seperti biasa.
Jika gout telah hilang tetapi asid urik masih tinggi lagi dalam tubuh badan, disarankan pengambilan formula ini antara 1-3 kali setiap bulan untuk mengelakkan dari penyakit ini berulang kembali.
Bagi mereka yang tidak mengalami penyakit ini pun boleh mencubanya…..
Selamat mencuba ! Image result for betik muda

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa Klik2